السلام عليكم
.
Sunday, February 15, 2009
Bingkisan Sahabat : Zaladi Khalid
Salam !!!
Aku bekas pelajar SMK Bukit Tunggal SPM tahun 1991. Hampir 18 tahun
aku meninggalkan SMKBT yang tercinta. Di situ banyak kenangan yang ku
lalui bersama-sama sahabat-sahabat. Tapi kini telah menjadi memori
dalam sanubari ku, namun begitu masih ada lagi sahabat-sahabat yang
masih menghubungi aku seperti Zamri, Zainal dan beberapa lagi yang
masih mengenali aku.
Masa sudah berubah, banyak yang telah dilalui, semua sahabat-sahabat
telah mempunyai keluarga sendiri dan anak-anak. Semua telah berjaya
menjawat jawatan yang tinggi dalam pekerjaan. Itulah usaha penat lelah
selama ini semasa di SMKBT dahulu dan ini hasilnya. Ada yang jadi
cikgu, pegawai bank, kakitangan kerajaan dan lain-lain lagi.
Ada yang aku jumpa sahabat-sahabat di Terengganu,Kuala Lumpur dan
Selangor, itu pun pasal aku kini menetap di Selangor kerana cari
rezeki kat sini.
Sesekali aku sekeluarga balik kampong ku ( Kg.Seberang Tuan Chik)
ada juga aku menemui sahabat kat kampong,seronok juga dapat berjumpa
dan berbual dengan sahabat lama. Bila aku melalui jalan Gong Kijang,
ada aku menoleh ke SMKBT,masa tu lah aku kumpul kembali kenangan
nostalgia sewaktu aku menimba ilmu di situ, teringat pada kawan-kawan
lama seperti Shah, Zamri, Zainal, Rahim, Shamsul dan yang lain-lain lagi.
Kalau diikutkan mahu kembali ke alam persekolahan dulu di SMKBT. Namun
apakan daya masa pantas berlalu.
Wahai sahabat-sahabat yang masih mengenali aku, sekiranya membaca
bingkisan ini, ingatlah perjalanan hidup ini hanya sementara cuma .
Oleh itu jadilah manusia kepada agama,bangsa dan Negara.
Itulah sahaja bingkisan aku untuk sahabat-sahabat semua yang
mengenali aku, jika ada yang ingin berkongsi pena bolehlah hantar
email kat aku : adituancik[at]gmail.com hantarlah apa-apa yang menarik
bersama-sama kita kongsi. Salam semua buat ex-student SMK Bukit
Tunggal.
Wassalam…
Zaladi Bin Khalid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
All other trademarks and logos belong to their respective owners. Copyright 1998–2014 by the ex-smkbt.blogspot.com, all rights reserved.
0 comments:
Post a Comment