Khamis 25 Julai 2008,
Bertolak balik kampung pada sebelah petang selepas anak balik dari sekolah, cadangnya nak balik 2 malam tetapi hari Sabtu sekolah pulak, jadi balik 1 malam saja, jadi petang Jumaat kena balik semula semula ke Dungun. Sampai ke K. Trg, singgah sebentar kat Sabasun untuk membeli barang2 keperluan. Sampai di simpang lampu isyarat Bukit Tunggal lebih pukul 5 petang belok masuk ke kanan menuju ke arah SMKBT, cadangnya nak ambil gambar sekolah, sampai di depan sekolah terkejut juga melihat perubahan struktur asal sekolah, sudah berlainan benar. Ambil gambar kat luar saja sebab hari ni hari persekolahan. Lepas tu pergi makan kat Nur Animas Cafe dan terus pulang ke rumah.
0 comments:
Post a Comment